Wanita Meninggal Dunia Akibat COVID-19 Jalan Kaki Balik Rumah Selepas 2 Minggu Upacara Pembakaran


 Seorang wanita dikatakan sudah meninggal dunia akibat jangkitan virus COVID-19. Lebih mengejutkan lagi apabila wanita berkenaan telah pulang ke rumahnya selepas dua minggu pengebumianya di India.

Keluarga Muktyala Girijamma mengatakan bahawa wanita berkenaan telah meninggal dunia akibat COVID-19 pada 15 Mei lalu, namun disebabkan prosedur yang telah ditetapkan mereka hanya boleh melihat jasad yang telah dibungkus dengan plastik dari jauh sahaja sebelum proses pembakaran.

Anak saudara lelaki kepada wanita yang berusia 60 tahun, Nagu mengatakan bahawa mereka telah melawatnya di Hospital Umum Vijayawada dan doktor telah memaklumkan Muktyala telahpun meninggal dunia.

Doktor yang bertugas pada hari itu gagal emberitahu kepada bapa saudara saya yang
Muktyala telah dipindahkan ke wad yang lain,namun saya diberitahu yang dia sudah meninggal dunia.

Kemudiannya, Nagu pergi ke bilik mayat bagi mencari mayat Muktyala tetapi pihak hospital telah menunjukkan mayat wanita yang lain dan bukan Muktyala.


Akibat tidak dapat mengesan jasad sebelum dibungkus, mereka kemudiannya telah membawa jasad berkenaan pulang ke rumah bagi melakukan upacara penghormatan terakhir.

Keluarganya itu telah menyerahkan jasad berkenaan bagi melakukan upacara pembakaran mayat walaupun mereka tidak mengenali identiti mayat berkenaan.

Selepas dua minggu melakukan upacara penghormatan terakhir, Muktyala telah berjalan kaki pulang ke rumahnya di Kampung Christianpet di Jaggaiahpet Mandal di daerah Krishna.

Sumber Ohbulan





Comments