(Video) Orang Kuat Jeffrey Kitingan Ugut Anggota Keselamatan Pesta Kaamatan 2021

Sebuah video yang menunjukkan Ketua Penyelaras STAR Putatan, Phillip Among mengugut anggota bertugas Pesta Kaamatan 2021 telah tular.

Berdasarkan dialog video tersebut, Phillip dipercayai menggunakan wang dan kedudukan untuk mengugut anggota-anggota bertugas yang lain.

Susulan insiden ugutan itu, sebuah laporan polis telah dibuat terhadap Phillip pada 2 Jun 2021.


Ini merupakan laporan polis kedua terhadap Phillip, selepas laporan polis pertama pada 21 Mei berkenaan dakwaan meraba dan meramas seorang peserta Unduk Ngadau.

Laporan polis kedua ini menjelaskan bahawa Phillip dan kawan-kawannya telah didapati tidak memakai tag nama dan pelitup muka ketika memasuki dewan kebudayaan KDCA.

Lalu, anggota keselamatan yang bertugas telah menegurnya.

Namun, teguran itu telah membangkitkan kemarahan Phillip.

“Saya yang berkuasa. Siapa yang berani tegur saya tidak pakai tag dan mask, saya tidak perlu anggota security ini. Saya ada security sendiri. Saya ada bouncer 30 orang. Saya yang bayar gaji kamu,” kata orang kuat Jeffrey Kitingan itu terhadap anggota keselamatan tersebut.

Phillip merupakan Ketua Penyelaras STAR Putatan yang dilantik oleh Jeffrey Kitingan

Laporan polis ini dibuat untuk makluman keselamatan di kemudian hari.




Comments