Oleh sebab tidak berpuas hati akan status Whatsapp, seorang usahawan kosmetik yang sebelum ini pernah viral mengenai isu tidak solat sanggup memukul anak perempuannya sehingga mengalami kecederaan di Pasir Mas, Kelantan.
Remaja yang berusia 16 tahun tersebut juga telah dipukul olah bapa tirinya sehingga menyebabkan kecederaan. Mangsa pada mulanya dipanggil oleh ibunya yang tidak berpuas hati dengan status Whatsapp yang dimuat naik oleh anaknya.
Menurut Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Assisten Komisioner Mohd Nasarudin M. Nasir, kejadian itu berlaku di rumah merka di Pasir Mas kira-kira ukul 4.30 petang. Mangsa mengalami mengalami bengkak pada bahagian kiri kepala, luka pada pipi serta lebam anggota badan akibat insiden tersebut.
Jelasnya lagi, sebaik saja mangsa keluar daripada bilik, dia terus dipukul oleh ibunya dan bapa tirinya mengheret mangsa sebelum menamparnya beberapa kali. Ibunya juga cuba untuk memukul mangsa dengan menggunakan kayu hoki tetapi mangsa berjaya melarikan diri.
Siasatan polis mendapati bahawa kejadian itu berlaku akibat anaknya yang memuat naik status di Whatsapp mengenai ibunya yang mengungkit soal harta dan memarahi mangsa kerana tidak bekerja, tapi staatus tersebut telahpun dipadam. Polis juga mendapati, mangsa telahpun berkahwin dan tinggal bersama ibu, bapa tiri dan suaminya di rumah tersebut.
Menurut Mohd. Nasaruddin, kedua-dua suspek telah ditahan pada pukul 9 malam tadi untuk membantu siasatan.
Sumber Kosmo

Comments
Post a Comment