Semua buat sendiri, Sari Yanti akui terkial2 tanpa pembantu rumah

 

Selepas melahirkan anak kelima yang juga bayi lelaki bulan lalu, pelakon Sari Yanti mengakui berdepan cabaran dalam menjalani rutin harian tanpa pembantu rumah atau pengasuh anak-anak.

Menurut Sari atau nama penuhnya Sari Yanti Mohamad Nazari, dia agak terkial-kial dalam menguruskan masa ketika berpantang apatah lagi memiliki dua lagi cahaya mata yang masih kecil.



Pelakon berusia 37 tahun itu berkongsi cabaran tersebut selepas menjawab beberapa soalan peminat dan pengikutnya menerusi InstaStor


Apabila ditanya sekiranya ada perancangan untuk mengupah pengasuh, pelakon drama Jenaka Kampung Kalut itu berkata dia masih berfikir mengenai perkara berkenaan.


Selain itu, Sari juga sempat memberikan nasihat kepada golongan isteri yang masih belum dikurniakan zuriat supaya jangan mudah putus asa untuk berusaha selain yakin dengan perancangan Allah SWT.


Sari yang berkahwin dengan pelawak dan penyampai radio, Jep Sepahtu pada 25 Februari 2017 juga dikurniakan Dariya Inara, 3, dan Muhammad Khidir yang kini berusia 11 bulan.

Malah hasil perkahwinan terdahulu, Sari turut mempunyai dua anak lelaki iaitu Barr Al Aliy, 11, dan Baasit Al Haq, 10.

Sumber Ohmymedia

Comments