Prof Muhaya Buat Hal Lagi. "Usah Bajet Baguslah You All.."

Gambar Berita Harian

Sejak beberapa hari yang lalu, nama Datuk Profesor Dr Muhaya Muhamad sangat popular gara-gara tularnya video yang memaparkan dirinya memberi kenyataan bahawa wanita perlu 'bodoh-bodoh' sikit demi mencari pasangan hidup.

Sekali lagi, namanya hangat diperkatakaan gara-gara sebuah vidoe yang tular di media sosial di mana dia seperti merenfah-rengahkan martabat wanita bekerjaya sehingga mendapat kecaman daripada netizen.

“Ada ke super girl, girl-girl? Usah bajet baguslah you all. I’m a career woman, Allah..sudahlah. Tak ada dalam al-Quran wanita paling berharga, wanita paling bekerjaya. Sorry. Wanita solehah nilai dia lebih besar daripada dunia seluruh isinya. You all ni sibuk nak challenge, challenge.”

Menurutnya lagi, wanita yang mempunyai taraf akademik tidak mempunyai apa-apa manfaat sewaktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang sedang dijalankan.

Katanya, "Apa manfaat, nak bajet bagis, I pandai, I ada PHD, apa manfaat pada orang?"

Meninjau komen, ramai nampaknya tidak berpuas hati memandangkan dia juga mempunyai taraf pendidikan yang tinggi.

Terdahulu, Prof Muhaya telah meminta maaf berhubung videonya yang telah tular sebelum ini.


Antara selecriti dan ahli akademik yang tampil mengkritik Muhaya adalah Dr Amalina Che Bakri dan Profesor Dr Adeeba Kamarulzaman. 


Sumber Beautifulnara

Comments