Tular di media sosial ketika ini apabila sebuah video memaparkan individu meminum cecair peluntur.
Apa yang membuatkan ramai terkejut, tindakan lelaki itu bertujuan untuk membunuh virus Covid-19.
Menerusi video berdurasi 1.16 saat itu, lelaki tersebut pada awalnya menunjukkan demonstrasi apabila air minuman diletakkan dengan cecair peluntur.
Terdapat satu air bikarbonat dan satu lagi minuman teh tarik.
Menurut individu itu, kandungan peluntur boleh membunuh racun di dalam badan jika diminum.
Tambah mengejutkan lagi, lelaki itu bukan saja menunjukkan demonstrasi kesan cecair peluntur, malah turut meminum air berkenaan.
Video tersebut kemudian mencetuskan kebimbangan kerana dikhuatiri membahayakan pemikiran, khususnya warga emas.
Malah, metizen berharap orang ramai tidak sewenang-wenangnya mempercayai teori tersebut.
"Sila rujuk pakar perubatan dan dapatkan maklumat sahih"
"Benda ini bukan fake, confirm itu bleach"
"Anti vaksin takut mati, telan peluntur tak takut pula"
"Teori merepek ramai pula percaya, eh geram betul!"
"Tolong delete video ini, ramai pula yang percaya nanti. Pihak berkuasa tolong siasat, nanti ramai yang follow bahaya," tulis beberapa netizen.
Sehingga kini, video berkenaan telah ditonton sebanyak 170,000 kali.
Sumber Gempak

Comments
Post a Comment