Los Angeles: Perceraian tidak memutuskan terus hubungan antara Jennifer Lopez dan Marc Anthony. Malah, Marc yang mengetahui hubungan cinta bekas isterinya dengan pelakon Ben Affleck turut merestui hubungan mereka.
Menurut sumber, Marc tidak melihatnya sebagai satu masalah kerana dia mementingkan anak-anaknya. "Apa yang penting ialah JLo tidak sesekali mengabaikan tanggungjawab sebagai ibu kepada anak kembar mereka.
"Marc adalah individu yang sentiasa memberikan sokongan terhadap apa saja yang dilakukan JLo dan masih lagi rapat dengan bekas isterinya.
"Dia mahu melihat bekas isterinya gembira dan mengharapkan Ben dapat membahagiakan JLo," katanya. Marc, 53, mengahwini JLo, 52, pada 5 Jun 2004 sebelum disahkan bercerai pada 14 Jun 2014.
Mereka dikurniakan sepasang cahaya mata kembar berusia 12 tahun iaitu Emme Maribel Muniz dan Maximilian David Muniz menerusi perkahwinan ini.
JLo yang dikenali menerusi filem Selena pada 1997 baru putus tunang dengan bekas pemain besbol profesional, Alex Rodriguez pada April lalu.
Sumber Metro

Comments
Post a Comment