‘Mak Saya Tak Ajar Untuk Jadi Bodoh-Bodoh Depan Lelaki…’ – Dr Amalina Tampil Bidas Kenyataan Prof Muhaya
Terbaru, pelajar cemerlang yang pernah memperoleh keputusan cemerlang 17A1 dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada tahun 2004, Dr Amalina Che Bakri tampil memberikan respon berhubung kenyataan itu.
Ujar doktor pakar ini, ibunya sama sekali tidak mengajar dirinya untuk berbuat ‘demikian’ semata-mata demi mencari jodoh. Pada masa yang sama, Dr Amalina menjelaskan seseorang wanita itu tidak perlu merendah-rendahkan diri mereka demi memikat lelaki yang mereka mahukan.
Saya minta maaf tetapi ibu saya tak pernah membesarkan saya untuk jadi ‘bodoh-bodoh’ sikit di depan lelaki demi mendapatkan jodoh. Awak menyampaikan mesej yang salah kepada gadis dan wanita-wanita di luar sana. Wanita tidak sepatutnya merendahkan tahap intelektual mereka demi memikat lelaki.
Berbicara lebih lanjut, Dr Amalina menjelaskan seseorang itu perlu menjadi versi yang terbaik untuk diri mereka sendiri bukannya orang lain.
Ia merupakan penghinaan kepada wanita dan lelaki. Jadilah versi yang terbaik untuk diri sendiri. Biar wanita jadi apa yang mereka mahukan. Tolong berhenti merendahkan wanita. Sekarang suami saya dah geleng kepala dia.
Terdahulu, Prof Muhaya menerusi satu video menjelaskan seseorang wanita itu tidak seharusnya berusaha untuk menyaingi dan melebih daripada kaum lelaki.Sumber Ohbulan




Comments
Post a Comment