Lisa Surihani dapat anak lelaki

Sumber Mstar

Tahniah diucapkan buat Datuk Yusry Abdul Halim dan isterinya, Datin Lisa Surihani,  yang telah selamat melahirkan cahaya mata ketiga mereka jam 2.30 pagi tadi.

Yusry telah meluahkan rasa syukur dan berkongi di Instagram milik beliau. Kedua-dua ibu dan anak dalam keadaan yang baik. 


Apa yang lebih manis lagi, Yusry berkata kelahiran anak ketiganya itu adalah hadiah paling bermakna sempena ulang tahun kelahirannya yang ke-48 hari ini.

Perkongsian Yusry itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang meluahkan rasa syukur dan mengucapkan tahniah buat pasangan selebriti itu.

Untuk pengetahuan anda, Yusry dan Lisa mendirikan rumah tangga pada Februari 2012. Pasangan itu dikurniakan dua cahaya mata, Yahaira Leanne, 6 serta Yusof Leonne kini berusia empat tahun.

Sumber Rotikaya 


Comments