“Biar Bonda Pergi Dahulu Sebelum Ayah..” - Elyana


Pelakon dan penyanyi Elyana tidak lupa memberikan ucapan istimewa sempena Hari Bapa pada 20 Jun kepada suaminya yang tersayang, Khairul Anual yang cukup menyentuh hati ramai orang.

Elyana kini sedang berjuang melawan kanser limfoma taham empat berkaya yang dia berdoa agar dia pergo dahulu menghadap ilahi sebelum suaminya.

Bonda selalu berdoa biar bonda ‘pergi dulu’ sebelum ayah. Sebab tak boleh hidup dan tak seronok kalau tidak ada awak. Selamat Hari Bapa. Bonda, Cinta dan Cahaya sayang sangat-sangat dekat ayah (panggilan untuk suami). Kami mesti nak kena ada ayah, sebab ayah adalah adiwira kami.



Selain itu, Elyana juga menitipkan doa buat bapanya yang disifatkan sebagai lelaki pertama yang banyak mengajarnya tentang erti kehidupan dan sentiasa menasihati dirinya agar tabah menghadapi segala cabaran.

Foto IG Elyana

Kini, Elyana sudah berada di hospital selama enam hari, sejak 16 Jun lalu kerana sedang menjaani rawatan radioterapi untuk penyakit kanser limfoma yang dihadapi olehnya sejak 10 tahun lalu.

Sumber HMetro


Comments