Penyanyi Elyana telah memaklumkan hujung tahun lalu yang limfoma yang dihidapinya sejak 10 tahun lalu itu hampir memasuki tahap lima apabila ia turut menyerang dan merebak ke beberapa organ badannya.
Menerusi Insta Story Elyana baru-baru ini, dia berkongsikan perkembangan terbarunya yang sedang menjalani rawatan di sebuah hospital.
Rawatan radioterapi selama 10 hari Elyana jalani. Selain itu, dia juga perlu menjalani proses memasukkan darah dan susu ke dalam badannya yang kini hanya seberat 35 kilogram.
"Hopefully semua berjalan lancar. Saya harap anda dapat doakan kelancaran
dan kesihatan saya. Semoga cepat sembup," tutur penyanyi berusia 34 tahun itu.


Comments
Post a Comment