Sudah beberapa bulan dalam buruan polis, usahawan kosmetik, Sajat atau nama sebenarnya Muhammad Sajjad Kamaruzzaman masih belum dikesan sejak waran tangkap ke atasnya dikeluarkan 23 Februari lalu.
Bagaimanapun, Sajat dilihat tetap aktif memuat naik perkongsian di media sosial miliknya. Terbaru, adik perempuannya dikenali sebagai Mustika menjadi perhatian di aplikasi TikTok.
Lebih lucu, Mustika itu memuat naik video parodi berlakon menjadi Sajat malah menggunakan suara abangnya. Apa yang pasti, ramai yang keliru pada awalnya kerana wajahnya seiras dengan Sajat.
@must1ka_88 Mustika ke sajat? Rindu leteww 🙄
♬ original sound - must1ka
@must1ka_88 Topic hari ini ##padangjawa ##english
♬ original sound - must1ka
Mustika turut melakonkan satu lagi parodi abangnya membebel mengenai penguasaan bahasa Inggerisnya yang dikritik oleh netizen.
Perkongsian Mustika itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang terhibur dengan parodi tersebut, tidak kurang juga ada yang memuji kecantikan semula jadi adik Sajat.
Sumber Rotikaya

Comments
Post a Comment