Tennessee: Cinta tidak mengenal usia. Itulah yang dibuktikan pasangan di Amerika Syarikat ini apabila mengecapi kebahagiaan tanpa mengambil kira 54 tahun jarak usia mereka.
Gary Hardwick yang menetap di Maryville berkahwin dengan Almeda enam tahun lalu ketika usianya 17 tahun manakala isterinya 71 tahun selepas bertemu di majlis pengebumian anak wanita itu, Robert.
Pada ketika itu, Almeda masih mengalami tekanan selepas suaminya yang dikahwini selama 43 tahun meninggal dunia akibat kencing manis manakala Gary pula sedang mengalami masalah dengan seorang wanita.
Almeda berkata, dia menemui sinar selepas bertemu dengan Gary ketika meratapi pemergian anak lelakinya di tanah perkuburan berkenaan.
"Suami saya meninggal dunia pada 2013 selepas tujuh bulan terlantar sakit di hospital.
"Sejak itu hidup saya gelap. Saya mencari diri saya dan mencari teman hidup.
"Namun, kali pertama melihat Gary tersenyum, ia membuatkan saya rasa macam saya muda semula. Saya tahu dialah jodoh saya," katanya.
Pasangan itu yang menyambut ulang tahun perkahwinan keenam tahun ini kerap berkongsi perkembangan dan gambar terkini mereka dengan lebih 65,000 pengikut di TikTok.
Sumber Harian Metro

Comments
Post a Comment