Sejak semalam tular di media sosial apabila pengacara Fara Hanim Razak mendakwa dua jirannya yang merupakan dikalangan dikatakan individu antivaksin.
Difahamkan, pengacara itu memuat naik status tersebut di Twitter memberi gambaran nama artis terbabit bermula dengan pangkal huruf RR dan LL serta selalu menyebarkan dakyah rebus bunga cengkih untuk elak virus Covid-19.
Meskipun tidak menedahkan nama pelakon tersebut, ramai netizen mengatakan salah seorang jiran Fara yang dimaksudkan itu adalah pelakon Rita Rudaini.
“Beginikah sikap seorang muslimah. Datanglah jumpa depan-depan, bukan tak pernah sembang pun.
“Saya lagi lama duduk di kawasan ini, berjiran dengan Scha Alyahya dan Awal Ashaari serta Lufya. Tak pernah pula jumpa jiran macam ini. Elok je kami. Kalau tak puas hati datanglah berjumpa, kita orang Islam dan hidup berjiran. Apa masalah awak?
“Saya tak pernah tulis saya anti vaksin. Saya nak rebus rumput ke, itu saya punya pasal. Tak pernah kacau hidup orang pun,” katanya.
Kata Rita lagi, individu seperti Fara tidak boleh dibuat jiran kerana diharapan orang mungkin buat baik tetapi dibalakang suka mengata dan cakap buruk.
“Eh, nampak sangat tidak bijak. Pasal vaksin saja pun nak pandang serong dekat orang. Islam pula tu. Orang macam ni tak boleh buat jiran, suka cakap belakang.
“Depan bukan main manis mulut, belakang busuk juga ya. Tak payahlah tulis RR LL. Tulis je nama, apasalahnya kalau nak cari publisiti. Lepas ni naiklah followers. Jahat juga mulut awak ya sis,” tulisnya.
Sumber Rotikaya

Comments
Post a Comment